Saturday, March 31, 2012

Tips Hamster Yang Suka Gaduh.

Assalamualaikum semua,

Lama sangat tak update blog hamster ni. Maklumlah dah tak bela hamster lagi. Sedih bila jenguk blog ni tapi apakan daya semua tinggal kenangan.
Tapi sepanjang aku bela hamster, sedikit sebanyak aku dapat pengalaman menjaga mereka dan sedikit tips untuk dikongsikan kepada pemelihara hamster.

Bagaimana kalau hamster kuat bergaduh antara satu sama lain?


Jawapan : Sepanjang aku pelihara hamster memang hamster ni ada masanya suka bergaduh. Terutama sekali bila mereka sudah matang atau "biang" ingin mencari pasangan hidup@ nak mengawan. So mereka akan bersikap agresif. Tips yang aku perolehi daripada penjual hamster yang berpengalaman. Letakkan serbuk bedak baby di sekitar kandang ( jangan terlalu banyak, ada bau-bau pun cukup ) dan sapukan sedikit bedak baby dibulu semua hamster. Asalkan bau dia sama. Jangan letak bedak yang bau dia lain-lain ye. Kena satu bau yang sama, so dapatlah kurangkan pergaduhan mereka.

Contoh bedak yang boleh digunakan :



Tips : Brand bedak baby brand lain pun boleh guna tapi bau jangan terlalu kuat. Bedak baby ni sesuai digunakan kerana ianya lembut berbanding bedak wangi lain yang baunya yang terlalu kuat.



Kalau hamster anda masih bergaduh lagi walaupun "mereka sudah sama bau"..maka perlulah dipisahkan rumah mereka/ asingkan tempat tinggal kerana mungkin akan mengundang kematian. Tandanya mereka memang tak boleh bersama la tu. So jaga mereka elok-elok yer.

Gambar : From Google.