Showing posts with label kesihatan hamster. Show all posts
Showing posts with label kesihatan hamster. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Tips Hamster Yang Suka Gaduh.

Assalamualaikum semua,

Lama sangat tak update blog hamster ni. Maklumlah dah tak bela hamster lagi. Sedih bila jenguk blog ni tapi apakan daya semua tinggal kenangan.
Tapi sepanjang aku bela hamster, sedikit sebanyak aku dapat pengalaman menjaga mereka dan sedikit tips untuk dikongsikan kepada pemelihara hamster.

Bagaimana kalau hamster kuat bergaduh antara satu sama lain?


Jawapan : Sepanjang aku pelihara hamster memang hamster ni ada masanya suka bergaduh. Terutama sekali bila mereka sudah matang atau "biang" ingin mencari pasangan hidup@ nak mengawan. So mereka akan bersikap agresif. Tips yang aku perolehi daripada penjual hamster yang berpengalaman. Letakkan serbuk bedak baby di sekitar kandang ( jangan terlalu banyak, ada bau-bau pun cukup ) dan sapukan sedikit bedak baby dibulu semua hamster. Asalkan bau dia sama. Jangan letak bedak yang bau dia lain-lain ye. Kena satu bau yang sama, so dapatlah kurangkan pergaduhan mereka.

Contoh bedak yang boleh digunakan :



Tips : Brand bedak baby brand lain pun boleh guna tapi bau jangan terlalu kuat. Bedak baby ni sesuai digunakan kerana ianya lembut berbanding bedak wangi lain yang baunya yang terlalu kuat.



Kalau hamster anda masih bergaduh lagi walaupun "mereka sudah sama bau"..maka perlulah dipisahkan rumah mereka/ asingkan tempat tinggal kerana mungkin akan mengundang kematian. Tandanya mereka memang tak boleh bersama la tu. So jaga mereka elok-elok yer.

Gambar : From Google.

Thursday, October 21, 2010

Makanan Hamster

Hamster merupakan haiwan pengerat ( macam arnab ), mereka akan makan semua  makanan yang ada kat depan mata mereka terutama yang berbau manis atau bau yang menarik. Tak kisah la apa jenis makanan tu..mereka main tibai je. Kalau bagi je makanan mesti akan makan je sampai jadi gemuk hehehe.

http://drrozmey.files.wordpress.com/2010/02/kuaci.jpg
 Kuaci ini kegemaran hamster..jangan manjakan dengan kuaci.


Hamster suka sangat dengan kuaci atau biji bunga matahari. Buktinya, hamster aku akan makan kuaci kalau aku bagi mix kekacang pada dia. First choice dia adalah kuaci ( kuaci wangi paling dia suka ). Sebenarnya kuaci tidak sesuai untuk hamster kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi. Jadi tidak sesuai diberi hari-hari. Kuaci juga boleh memberi risiko keguguran kepada hamster. Kuaci ini boleh menyebabkan hamster anda menjadi semakin gemuk dan lembab. Kalau nak bagi kuaci kena la seminggu sekali dan jumlah kena sikt. Jumlah maksimum harian adalah antara 3 sampai 5 biji. Untuk menjinakan hamster suapkan kuaci dengan tangan, mesti hamster suka kat tuan dia..


http://cenya95.files.wordpress.com/2008/07/sayur.gif

Selain daripada bijirin dan kekacang. Sayur-sayuran penting untuk hamster. Sayur-sayuran merupakan pelawas untuk mereka dan dapat mengekalkan gizi yang seimbang. Contohnya, kalau anda masak lobak merah, potong sepotong kecil dan bagi pada hamster anda. Tak perlu banyak, sikit sahaja. Perlu diingatkan selalu la anda membuat spot chek di sarang atau habuk kayu, kerana hamster suka sorok makanan. Kalau sayur yang disorok masih ada dan dah tak elok so buangkan sahaja. Nanti mati keracunan pula hamster anda.


Perlu diingatkan jangan sesekali memberi bawang, halia, bawang putih dan sayuran berbau sewaktu dengannya. Tak sesuai OK! Nanti boleh membahayakan kesihatan hamster. Bagilah mereka makan sayur sawi, kankung, lobak merah, senkuang tapi jumlah yang kecil.

perlu ditekankan bahawa hamster merupakan haiwan pengerat. Giginya mesti nak mengigit ( mengerat makanan ). Jadi letak kayu kat cage dia agar dia dapat mengigit-gigit nanti takut cage pula yang jadi mangsa. Sememangnya itu adalah habitat hamster.
Inilah dia vitamin hamster. Pastikan anda menyimpannya di dalam bekas kedap udara.

Hamster juga perlukan vitamin. Belilah vitamin untuk dia sama ada dalam bentuk air atau tablet. Selalunya ada kat pet shop.

Ini adalah Demok. Rindu kamu. Dia dah tak ada..pergi selamanya. Sedih! Hamster pertama yang aku bela..

Tuesday, November 10, 2009

PENJAGAAN HAMSTER HAMIL DAN SELEPAS BERANAK

Aku memang minat dengan hamster..
so aku banyak wat research tentang hamster...
Ini antara langkah penjagaan hamster hamil dan selepas beranak..


==> inilah contoh anak hamster yang baru lahir...
( gambar hiasan )

Ciri hamster hamil adalah :

1. Bentuk tubuh bulat ( gemuk semacam je ), perut bahagian belakang membuncit

2. Menjadi sangat agresif ( suka mengigit tangan tuannya ) dan sering menyerang si jantan

3. Makan dan minum lebih banyak dari biasa ( kuat sangat minum )

4. Mulai membuat sarang ( selalu mengkais2 serbuk kayu mcm nak buat sarang )

5. Puting susu membesar dan terlihat sangat jelas ( selalu la belek2 hamster anda!! )

6. Kadang ciri-ciri 1 dan 2 akan terlihat menjelang mau melahirkan


Cara merawat bayi hamster :


1.Berikan makanan yang cukup supays si ibu tidak kekurangan gizi

2. Singkirkan mainanan dalam sangkar ( roda dan sbgainya )

3. Memidahkan si jantan, lebih baik jika sebelum si bayi lahir.

4. Jangan memegang bayi hamster secara langsung dengan tangan anda.

5. Jangan terlalu sering melihat ibu hamster yang sedang menyusui babynya.

6. Jangan mengganti serbuk sebelum sang bayi berumur lebih dari 1 sampai 2 minggu

7. Berikan air minum yang secukupnya.


Cara merawat HAMSTER yang baru melahirkan anak:


1. Pisahkan hamster lain termasuk jantanya, biarkan dia sendiri bersama babynya..

2. Bersihkan semua kandang termasuk tempat makan dan minumnya.

3. Kurangi serbuk kayunya ( jangan sampai hamster tengelam )

4. Tutupkan area kandang dengan kertas atau kain agar terlindung dari cahaya, kerana hamster lebih sukakan dalam keadaan yang gelap.

5. Jangan memegang anak dan ibunya kerana jika baby hamster berbau lain ( bau manusia ) mungkin di makan oleh ibu atau dibiarkan oleh ibu.

6. Berikan gizi yang cukup :

a. Susu strawbbery jelli

b. Putih telur yang direbus dan dihancurkan

c. Tablet corella

7. Jangan selalu melihat hamster..nanti stress pulak or gila meroyan..hamster ni macam manusia jugak tau..hehehe...



Bestkan kalau dapat hamster byk n comel macam ni!!!

HAMSTERKU BERANAK!!!



Tanggal 10/11/2009 hamster aku beranak..
Pasangan Demok n Debu melahirkan anak...
Ingatkan mereka berdua betina tp xsangka sepasang..
baru sekor je anaknya..hehe.........
Tahniah pada demok..
ni serba sedikit tentang info hamster yang baru hamil...


MASA HAMIL DAN MENGAWAN HAMSTER

Syrian : usia mengawan 3-6 minggu-masa hamil 15-18 hari

Champbell : usia mengawan 1-1,5 bln-masa hamil 18-23 hari

Whinter White : usia mengawan 2-2,5 bln-masa hamil 18-25 hari ( mungkin lebih 30 hr)

Roborovski : usia mengawan 4-6 bln-masa hamil 22-30 hari.

Saturday, September 5, 2009

KESIHATAN HAMSTER

Hamster merupakan haiwan peliharaan yang sihat dan dapat hidup baik selama dua tahun atau lebih. Mereka perlu kandang yang selesa, jauh dari kekeringan dan kelembaban, perlu dibersihkan baik dan teratur. Mereka memerlukan makananan campuran yang lengkap dan memenuhi keperluan mereka. Mereka perlu makanan buah-buahan yang segar atau sayuran dalam jumlah sedikit. Mereka suka bermain dan keluar untuk bermain bersama dengan pemiliknya.


Pada hamster yang sihat, mata mereka akan bersih, cerah, memiliki bulu yang gebu dan telinga yang tegak. Walaupun hamster baru saja bangun dari tidurnya, sebentar saja telinganya akan berdiri tegak dengan baik. Hamster memiliki dua tanda/bercak pinggul atau scent gland pada sisi tubuh mereka (di pinggul mereka). Ini normal dan mereka akan membesar atau juga dapat kelihatan seperti kudis pada beberapa hamster bulu pendek. Jangan diusik kerana dapat menyebabkan hamster anda masalah.

Click to show "Hamster" result 20 Click to show "Hamster" result 19

Hamster yang sakit akan diam saja di sarangnya walaupun terdapat aktiviti yang menarik di luar. Waktu dia keluar, matanya mungkin setengah tertutup dan telinganya tetap turun dan rata dengan kepalanya.

Click to show "Hamster" result 1

Tip kesehatan: Cucilah tangan anda sebelum memegang hamster anda jika anda sakit perut atau cirit-birit. Hamster anda mungkin dijangkiti kuman. Jangan menyembur aerosol/racun serangga disekitar kandang karana dapat membahayakan hamster anda.

Click to show "Hamster" result 5 Click to show "Hamster" result 4