Monday, October 25, 2010

Cara Untuk Melatih Hamster Untuk Jinak

Tajuk yang amat panjang. Aku pun tak tahu nak pendekkan tajuk entry ini..Tapi asalkan anda faham dah cukup buat aku..Nampaknya aku kena sentiasa update blogger hamster aku ni kerana permintaan yang tinggi daripada pembaca ( macam la popular sangat hahahaha )

Entry aku kali ini nak share macam mana nak melatih hamster supaya datang kepada tuannya. Kebanyakkan hamster ini kalau tak dilatih sejak azali memang macam tikus liar. Mungkin masa nak pegang dia, dia akan lari atau mengigit. Kalau mengigit rasa nak hempas je hamster itu. Nasib baik hamster aku tak kena hempas sebab aku tuan yang penyayang!

Cara-cara untuk mendidik hamster menjadi pet yang baik :

1.  Sebagai tuan kepada binatang yang bernama hamster perlulah mengenali hamster anda terlebih dahulu.   Kena faham dia juga walaupun status dia binatang tapi dia ada perasaan. Ambil masa untuk tengok corak tikahlaku dia dan kenali dia.Kalau tak tahu tak payah bela hamster.Kena selalu bermain dengan hamster..dalam sehari itu main la beberapa kali dan kena selalu jenguk dia. Ajar makan kat tangan ( suapkan makanan )..tengok sama ada dia suka ke tak..macam manusia juga kena berkenalan dulu baru boleh rapat.

2. Kena selalu pegang hamster tu. Biar dia tau bau tangan tuan dia. Tak la dia mengigit kalau dah serasi bau tangan anda. Perlukan kesabaran kalau dapat hamster yang mengigit. Kena selalu pegang!! Contohnya masa nak makan letak hamster di atas tangan anda dan suapkan kuaci..biar dia makan di atas tangan sambil memerhati gelagat dia membuka kulit kuaci..sungguh comel!


3. Masa nak buka cage jangan terus ambil dia nanti dia akan tekejut. Nanti mesti dia gigit sebab mereka ingat mereka akan di ancam.

4. Lepas itu, hulurkan kuaci di pintu cage. Biar dia sendiri datang kepada kita. Kalau tak nak datang jangan dipaksa. Bila dia datang pelahan-lahan suruh dia naik ketangan..



5. Ulangi cara-cara di atas dengan lebih kerap. Ingat perlu kesabaran yang tinggi...jangan putus asa! Selalulah meluangkan masa dengan hamster anda..nanti mereka mesti sayang tuannya..


p/s ini gambar kenangan bersama hamster2 yang dulu..rindu!! rasa nak biakkan hamster macam dulu!!

Thursday, October 21, 2010

Makanan Hamster

Hamster merupakan haiwan pengerat ( macam arnab ), mereka akan makan semua  makanan yang ada kat depan mata mereka terutama yang berbau manis atau bau yang menarik. Tak kisah la apa jenis makanan tu..mereka main tibai je. Kalau bagi je makanan mesti akan makan je sampai jadi gemuk hehehe.

http://drrozmey.files.wordpress.com/2010/02/kuaci.jpg
 Kuaci ini kegemaran hamster..jangan manjakan dengan kuaci.


Hamster suka sangat dengan kuaci atau biji bunga matahari. Buktinya, hamster aku akan makan kuaci kalau aku bagi mix kekacang pada dia. First choice dia adalah kuaci ( kuaci wangi paling dia suka ). Sebenarnya kuaci tidak sesuai untuk hamster kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi. Jadi tidak sesuai diberi hari-hari. Kuaci juga boleh memberi risiko keguguran kepada hamster. Kuaci ini boleh menyebabkan hamster anda menjadi semakin gemuk dan lembab. Kalau nak bagi kuaci kena la seminggu sekali dan jumlah kena sikt. Jumlah maksimum harian adalah antara 3 sampai 5 biji. Untuk menjinakan hamster suapkan kuaci dengan tangan, mesti hamster suka kat tuan dia..


http://cenya95.files.wordpress.com/2008/07/sayur.gif

Selain daripada bijirin dan kekacang. Sayur-sayuran penting untuk hamster. Sayur-sayuran merupakan pelawas untuk mereka dan dapat mengekalkan gizi yang seimbang. Contohnya, kalau anda masak lobak merah, potong sepotong kecil dan bagi pada hamster anda. Tak perlu banyak, sikit sahaja. Perlu diingatkan selalu la anda membuat spot chek di sarang atau habuk kayu, kerana hamster suka sorok makanan. Kalau sayur yang disorok masih ada dan dah tak elok so buangkan sahaja. Nanti mati keracunan pula hamster anda.


Perlu diingatkan jangan sesekali memberi bawang, halia, bawang putih dan sayuran berbau sewaktu dengannya. Tak sesuai OK! Nanti boleh membahayakan kesihatan hamster. Bagilah mereka makan sayur sawi, kankung, lobak merah, senkuang tapi jumlah yang kecil.

perlu ditekankan bahawa hamster merupakan haiwan pengerat. Giginya mesti nak mengigit ( mengerat makanan ). Jadi letak kayu kat cage dia agar dia dapat mengigit-gigit nanti takut cage pula yang jadi mangsa. Sememangnya itu adalah habitat hamster.
Inilah dia vitamin hamster. Pastikan anda menyimpannya di dalam bekas kedap udara.

Hamster juga perlukan vitamin. Belilah vitamin untuk dia sama ada dalam bentuk air atau tablet. Selalunya ada kat pet shop.

Ini adalah Demok. Rindu kamu. Dia dah tak ada..pergi selamanya. Sedih! Hamster pertama yang aku bela..

Wednesday, October 20, 2010

Tips Memilih Hamster

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9mJa7Yy9XFkVepZ9SSDuk57tF1ARlbevxYhZwBH1dSNr3y1KM-b752myxzhM2uKRAz1IVc6_tAlGMpSx7JpnSpluXYUNtuYSo-l4aKjFD9JtufxhmvYOyXqI-YEHFb44QYlpbIRQMRCo/s1600/591504_hamster.jpg

Kepada sesiapa yang teringin nak bela hamster perlu buat penilaian sebelum membeli. Takut bila dah beli jadi tak suka pula. Anda kena tahu jenis-jenis hamster sebelum memilikinya. Nanti kena tipu pula dengan tuan kedai. Kalau kat pet shop, kita tanya ok tak hamster ini.? mengigit ke tak? of course tuan kedai kata "baik, hamster ini bagus dan bla2"...lepas beli..bawa balik rumah..terus jadi tak suka sebab hamster itu liar sangat dan mengigit. Kalau nampak liar tak apa, tapi kalau dah mengigit itu yang tak tahan tu. Aku pun tak sanggup..betul tak? Di sini aku nak bagi tip sebelum membeli hamster. Ini melalui pandangan dan serba sikit research aku...

1. Pastikan hamster apa yang anda nak beli. Jenis yang kecil atau yang besar. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Kalau nak besar jenis Syiria. Kalau nak yang kecil jenis cambell, winter white, robosky dan lain2.

2. Kena pandai nak mengenal antara jantan dan betina. Info sila klik sini. Aku pernah terkena dulu. Masa tu aku pakai hentam je nak beli hamster. Aku kata nak sepasang hamster winter white tapi oarang kedai itu bagi yang jantan. Patutla tak beranak-ranak..hehehe...so kena tahu!

3. Masa nak pilih  hamster itu, anda kena la pegang-pegang hamster itu. Tengok reaksi dia. Kalau dia macam "dingin" cari la yang "mesra". Ambil masa untuk berinteraksi dengan bakal hamster anda. Tapi janganla sampai berjam2. Nanti muak pula tuan kedai. ( muak kalau tak beli )

4. Cari hamster yang aktif, jangan yang lembab. Maybe yang lembab itu sakit. Nanti mesti bosan kalau dapat hamster lembab aka sengal.

5. Lepas beli itu kena la beli cage dia. Nak tengok cage menarik? Klik sini


p/s pastikan bajet anda cukup! kelengkapan hamster memang mahal..

Monday, October 4, 2010

si tomey lama xmandi!!

malasnya nak mandikan dia
ngah xda mood!
cian akiko, umai dan putih!!
mama sayang kamu sgt!! huhuhu.......