Showing posts with label hamster. Show all posts
Showing posts with label hamster. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Cara Untuk Melatih Hamster Untuk Jinak

Tajuk yang amat panjang. Aku pun tak tahu nak pendekkan tajuk entry ini..Tapi asalkan anda faham dah cukup buat aku..Nampaknya aku kena sentiasa update blogger hamster aku ni kerana permintaan yang tinggi daripada pembaca ( macam la popular sangat hahahaha )

Entry aku kali ini nak share macam mana nak melatih hamster supaya datang kepada tuannya. Kebanyakkan hamster ini kalau tak dilatih sejak azali memang macam tikus liar. Mungkin masa nak pegang dia, dia akan lari atau mengigit. Kalau mengigit rasa nak hempas je hamster itu. Nasib baik hamster aku tak kena hempas sebab aku tuan yang penyayang!

Cara-cara untuk mendidik hamster menjadi pet yang baik :

1.  Sebagai tuan kepada binatang yang bernama hamster perlulah mengenali hamster anda terlebih dahulu.   Kena faham dia juga walaupun status dia binatang tapi dia ada perasaan. Ambil masa untuk tengok corak tikahlaku dia dan kenali dia.Kalau tak tahu tak payah bela hamster.Kena selalu bermain dengan hamster..dalam sehari itu main la beberapa kali dan kena selalu jenguk dia. Ajar makan kat tangan ( suapkan makanan )..tengok sama ada dia suka ke tak..macam manusia juga kena berkenalan dulu baru boleh rapat.

2. Kena selalu pegang hamster tu. Biar dia tau bau tangan tuan dia. Tak la dia mengigit kalau dah serasi bau tangan anda. Perlukan kesabaran kalau dapat hamster yang mengigit. Kena selalu pegang!! Contohnya masa nak makan letak hamster di atas tangan anda dan suapkan kuaci..biar dia makan di atas tangan sambil memerhati gelagat dia membuka kulit kuaci..sungguh comel!


3. Masa nak buka cage jangan terus ambil dia nanti dia akan tekejut. Nanti mesti dia gigit sebab mereka ingat mereka akan di ancam.

4. Lepas itu, hulurkan kuaci di pintu cage. Biar dia sendiri datang kepada kita. Kalau tak nak datang jangan dipaksa. Bila dia datang pelahan-lahan suruh dia naik ketangan..



5. Ulangi cara-cara di atas dengan lebih kerap. Ingat perlu kesabaran yang tinggi...jangan putus asa! Selalulah meluangkan masa dengan hamster anda..nanti mereka mesti sayang tuannya..


p/s ini gambar kenangan bersama hamster2 yang dulu..rindu!! rasa nak biakkan hamster macam dulu!!

Thursday, October 21, 2010

Makanan Hamster

Hamster merupakan haiwan pengerat ( macam arnab ), mereka akan makan semua  makanan yang ada kat depan mata mereka terutama yang berbau manis atau bau yang menarik. Tak kisah la apa jenis makanan tu..mereka main tibai je. Kalau bagi je makanan mesti akan makan je sampai jadi gemuk hehehe.

http://drrozmey.files.wordpress.com/2010/02/kuaci.jpg
 Kuaci ini kegemaran hamster..jangan manjakan dengan kuaci.


Hamster suka sangat dengan kuaci atau biji bunga matahari. Buktinya, hamster aku akan makan kuaci kalau aku bagi mix kekacang pada dia. First choice dia adalah kuaci ( kuaci wangi paling dia suka ). Sebenarnya kuaci tidak sesuai untuk hamster kerana kuaci mengandungi lemak yang tinggi. Jadi tidak sesuai diberi hari-hari. Kuaci juga boleh memberi risiko keguguran kepada hamster. Kuaci ini boleh menyebabkan hamster anda menjadi semakin gemuk dan lembab. Kalau nak bagi kuaci kena la seminggu sekali dan jumlah kena sikt. Jumlah maksimum harian adalah antara 3 sampai 5 biji. Untuk menjinakan hamster suapkan kuaci dengan tangan, mesti hamster suka kat tuan dia..


http://cenya95.files.wordpress.com/2008/07/sayur.gif

Selain daripada bijirin dan kekacang. Sayur-sayuran penting untuk hamster. Sayur-sayuran merupakan pelawas untuk mereka dan dapat mengekalkan gizi yang seimbang. Contohnya, kalau anda masak lobak merah, potong sepotong kecil dan bagi pada hamster anda. Tak perlu banyak, sikit sahaja. Perlu diingatkan selalu la anda membuat spot chek di sarang atau habuk kayu, kerana hamster suka sorok makanan. Kalau sayur yang disorok masih ada dan dah tak elok so buangkan sahaja. Nanti mati keracunan pula hamster anda.


Perlu diingatkan jangan sesekali memberi bawang, halia, bawang putih dan sayuran berbau sewaktu dengannya. Tak sesuai OK! Nanti boleh membahayakan kesihatan hamster. Bagilah mereka makan sayur sawi, kankung, lobak merah, senkuang tapi jumlah yang kecil.

perlu ditekankan bahawa hamster merupakan haiwan pengerat. Giginya mesti nak mengigit ( mengerat makanan ). Jadi letak kayu kat cage dia agar dia dapat mengigit-gigit nanti takut cage pula yang jadi mangsa. Sememangnya itu adalah habitat hamster.
Inilah dia vitamin hamster. Pastikan anda menyimpannya di dalam bekas kedap udara.

Hamster juga perlukan vitamin. Belilah vitamin untuk dia sama ada dalam bentuk air atau tablet. Selalunya ada kat pet shop.

Ini adalah Demok. Rindu kamu. Dia dah tak ada..pergi selamanya. Sedih! Hamster pertama yang aku bela..

Wednesday, October 20, 2010

Tips Memilih Hamster

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9mJa7Yy9XFkVepZ9SSDuk57tF1ARlbevxYhZwBH1dSNr3y1KM-b752myxzhM2uKRAz1IVc6_tAlGMpSx7JpnSpluXYUNtuYSo-l4aKjFD9JtufxhmvYOyXqI-YEHFb44QYlpbIRQMRCo/s1600/591504_hamster.jpg

Kepada sesiapa yang teringin nak bela hamster perlu buat penilaian sebelum membeli. Takut bila dah beli jadi tak suka pula. Anda kena tahu jenis-jenis hamster sebelum memilikinya. Nanti kena tipu pula dengan tuan kedai. Kalau kat pet shop, kita tanya ok tak hamster ini.? mengigit ke tak? of course tuan kedai kata "baik, hamster ini bagus dan bla2"...lepas beli..bawa balik rumah..terus jadi tak suka sebab hamster itu liar sangat dan mengigit. Kalau nampak liar tak apa, tapi kalau dah mengigit itu yang tak tahan tu. Aku pun tak sanggup..betul tak? Di sini aku nak bagi tip sebelum membeli hamster. Ini melalui pandangan dan serba sikit research aku...

1. Pastikan hamster apa yang anda nak beli. Jenis yang kecil atau yang besar. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Kalau nak besar jenis Syiria. Kalau nak yang kecil jenis cambell, winter white, robosky dan lain2.

2. Kena pandai nak mengenal antara jantan dan betina. Info sila klik sini. Aku pernah terkena dulu. Masa tu aku pakai hentam je nak beli hamster. Aku kata nak sepasang hamster winter white tapi oarang kedai itu bagi yang jantan. Patutla tak beranak-ranak..hehehe...so kena tahu!

3. Masa nak pilih  hamster itu, anda kena la pegang-pegang hamster itu. Tengok reaksi dia. Kalau dia macam "dingin" cari la yang "mesra". Ambil masa untuk berinteraksi dengan bakal hamster anda. Tapi janganla sampai berjam2. Nanti muak pula tuan kedai. ( muak kalau tak beli )

4. Cari hamster yang aktif, jangan yang lembab. Maybe yang lembab itu sakit. Nanti mesti bosan kalau dapat hamster lembab aka sengal.

5. Lepas beli itu kena la beli cage dia. Nak tengok cage menarik? Klik sini


p/s pastikan bajet anda cukup! kelengkapan hamster memang mahal..

Sunday, September 19, 2010

Hanya ada Umai, Putih dan Akiko....




Dulu berpuluh2 ekor hamster aku........

Memang best bela hamster banyak2 sbb peragai dia berbeza2...



Xsemua pragai mrk sama...



Ada yg manja ada yg liar...



Ada yg mgigit,..ada yg xgigit.




Ini Akiko...Dia terpaksa di asingkan sdirian sbb suka belasah Putih dan Umai!!nakal sangat!!










Yang ni pulak Putih...








.





Umai ni anak gemuk yg mati tu...jns cambell...mata merah!!






Umai x mgigit..dia cumel sgt!!manja!!so..tu sbb dia dpt phatian lbh!!


















Sunday, March 28, 2010

SITAM DALAM KENANGAN..


Namanya SITAM, sitam hamster aku yang paling manja, montel dan jinak..pantang je buka cage mesti nak kuar sbb dia nak kita pegang dia..badan dia gebu je..bulu lembut...tapi...hanya sebentar bersama dia..Sitam pergi buat selamanya..
Sitam sakit, aku tak tahu dia sakit pe..patutla dia xaktf dan diam je..2-3 hari gak dia sakit...dia xnak makan, bila pegang bdn dia lembik sgt..
menangis jugak aku tengak keadaan dia yang nazak..sedih sgt...
masa tu aku masih berharap agar sitam sihat seperti sediakala tapi Allah lebih sayangkan dia..
Sitam pergi buat selamanya...aku semadikan dia di belakang hostelku

rindu kat sitam..
( internet lembab mcm sipot sedut, next time aku upload gambar SITAM..insyallh kalu lapang )

Wednesday, November 11, 2009

JANTINA HAMSTER

Kita mungkin tertanya2 apa jantina hamster...jantan atau betina..
kadang2 tokeh kedai ni kaki "kencing"..
so info ni mmg perlu bagi peminat hamster...
cara2 nak mengenal jantina hamster adalah...
seperti gambar berikut :
gender

Ciri ciri : hamster jantan adalah letak titik yang berjauhan

Ciri cirri : hamster betina adalah letak titik yang berdekatan


Jadi tengok hamster anda betul2 sebelum beli!!

Tuesday, November 10, 2009

HAMSTERKU BERANAK!!!



Tanggal 10/11/2009 hamster aku beranak..
Pasangan Demok n Debu melahirkan anak...
Ingatkan mereka berdua betina tp xsangka sepasang..
baru sekor je anaknya..hehe.........
Tahniah pada demok..
ni serba sedikit tentang info hamster yang baru hamil...


MASA HAMIL DAN MENGAWAN HAMSTER

Syrian : usia mengawan 3-6 minggu-masa hamil 15-18 hari

Champbell : usia mengawan 1-1,5 bln-masa hamil 18-23 hari

Whinter White : usia mengawan 2-2,5 bln-masa hamil 18-25 hari ( mungkin lebih 30 hr)

Roborovski : usia mengawan 4-6 bln-masa hamil 22-30 hari.

Saturday, October 10, 2009

BOBBY..HAMSTER KECILKU..GOOD BYE!!

Aku nak kenalkan dengan hamster bongsu aku beli kat Road Walk..
Aku beli dia sebab nak jodohkan dia dengan Debu dan Demok..sebab mereka berdua betina..so nak la zuriat..

Aku beli dia masa nak buat CSR kat Rapid Penang, so singgah la kat pekan tu..tengok je Bobby dah terpikat..dia cute sangat..Bobby ni jenis Robosky tp jenis warna coklat..
Harga dia RM8..dulu RM5..dah naik plak harganya..huhh!!
Yang specialnya dia tak mengigit..tak macam Debu..suka mengigit je kalau tersilap pegang..
Dalam proses nak mix..
Aku mandikan mereka dan try nak mix sama..
Hasilnya..mula2 ok..tapi Bobby macam takut je dengan mereka berdua..asyik lari2 je..
Gambar kat atas tu masa mula2 mix..mcm ok je..
Tapi si DEBU ni kuat jealezz..dia macam nak mengigit BOBBY..
Kesian BOBBY..Tapi DEmok ( yang tompok hitam putih ) ni sporting..dia xmarah kat BOBBY..dia ok je..cuma si hitam gemuk tu je jahat sangat..geram!!!
Aku dah cuba banyak kali nak satukan mereka tapi BOBBY macam tak selesa je gan mereka..
Sedih tengok BOBBY yang menjerit2..dan macam ketakutan bila satukan sama cage gan mereka..
Aku pun asingkan mereka..tak sanggup tengok BOBBY yang ketakutan..sedih..
Tapi pada hari ini, aku terpaksa jual kat kawan aku IZZAH sebab aku tak boleh nak take care kat BOBBY..sebab aku pun dah ada 4ekor hamster. Kalau tambah BOBBY dah 5ekor..
Kalau BOBBY boleh bersama dengan DEBU dan DEMOK..aku rasa aku boleh jaga mereka..
9hari je aku jaga dia..sedih tu memang sdh, sebab aku sayang sangat kat dia, dia comel, manja dan xmengigit..tp ini jalan terbaik untuk dia.
Dia akan mendapat sepenuh perhatian dengan tuan baru..berat hati nak lepaskan..setiap pandangan dan renungan dia penuh bermakna..macam sedih je nak tinggalkan aku..
Mesti aku teringat teletah dia dan yang paling sedih..tengok mata dia yang comel tu..
Semoga BOBBY happy dengan mama baru..
Maafkan mama sebab lepaskan BOBBY..
love u and miss u bobby!!!
bobby jangan sedih tau!!
nanti mama melawat bobby selalu..!!

DEBU MENGIGIT LAGI!!!

Geram dan marah sangat2 kat DEBU yang jahat lagi nakal..
Dia gigit tangan aku lagi dah masuk yang ke tiga dah...
First gigit xberdarah, tapi 2x ni berdarah tangan aku...
Ikutkan hati nak je buang dalam semak...biar padan muka makan gan binatang buas...jahat sangat2..dah orang bagi makan, badan dah jadi macam anak gajah..dia suka2 je gigit aku..jahat2...kenapa la kamu jadi anak derhaka..!!!
Hamster aku yang lain2 tu xda pun nak gigit aku..si DEBU ni je yang tak sedar dek untung..!!!!

Saturday, September 5, 2009

PENYAKIT HAMSTER

  • Abcesses
Abacesses adalah luka di bawah kulit yang berisi nanah. Mereka dapat membesar sangat cepat dan juga sebagai tanda infeksi terjadi.
Pertolongan: Periksakan ke doktar haiwan segera. Antibiotik biasanya akan diberi dan nanah mungkin dipecahkan. Luka mesti selalu dibersihkan dengan teratur. Mungkin hamster perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah.

Click to view image details

  • Pendarahan
Kadang-kadang hamster mengeluarkan darah dari kemaluannya. Kemungkinan tanda ini adalah infeksi rahim pada hamster Syrian betina. Darah sedikit pada kemaluan hamster dwarf rusia dapat juga menandakan bahawa hamster itu hamil.
Pertologan
Jika hamster syrian mulai berdarah pada kemaluanya, bawalah berjumpa doktar. Jika ini infeksi rahim maka hamster perlu antibiotik untuk disembuhkan. Kemaluan hamster juga akan berdarah sekiranya dia melahirkan anak. Jika hamster dwarf rusia berdarah parah maka ia juga perlu dibawa ke doktar.

Click to view image details Click to view image details

  • Diabetes
Campbell dwarf rusia mugkin terkana diabetes dari keturunan. Hamster akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus dan sakit. Hamster akan banyak minum air dan memiliki punggung yang sangat basah. Hamster yang sakit biasanya akan mati pada usia yang muda sekitar empat hingga enam bulan.
Bantuan
Insulin tidak sesuai kerana jumlahnya tidak dapat dianggarkan. Belum ada ubat lagi yang sesuai untuk penyakit ini ( setakat ini )
Click to view image details Click to view image details

  • Keguguran bulu
Keguguran bulu biasanya terjadi pada hamster yang sudah tua dan mungkin disebabkan oleh faktor lain.
Pertolongan.
Bawahlah berjumpa doktar untuk mendapat dianogsa penyebabnya dan ubatan yang sesuai.

Click to view image details Click to view image details

Basah punggung (Hip Spot)
Semua hamster mengalami masalah ini tetapi hamster yang sudah tua akan lebih bermasalah. Tanda masalah dapat dilihat pada punggungnya dan kelihatan seperti dua tahi lalat.
Bantuan
Biarkan, jangan disentuh atau diusik. Biasanya tidak bermasalah. Anda akan mencederakan mereka sekiranya anda cuba untuk membuangkannya.

Click to view image details Click to view image details

Luka
jangan sentuh sekiranya luka tersebut sedikit dan tidak terlalu dalam. Perhatikan saja sampai lukannya sembuh. Sekiranya luka tersebut dalam, bawalah hamster anda berjumpa doktor.
Bantuan
Umumnya dengan antibiotik. Memandikan dengan air garam juga membantu untuk menjaga supaya bersih.

Click to view image details Click to view image details Click to view image details

  • Benjolan atau tumor
Hamster mungkin bengkak disekitar dibadannya. Benjolan ini mungkin tetap atau berpindah ke kulit mereka. Hamster mungkin tidak suka anda memegang benjolannya.
Bantuan
Nasihat doktar diperlukan. Boleh dirawat dengan pembedahan. Mungkin sukar untuk membius hamster. Tetapi, Dr Hamwell berkata
meskipun ada risiko pada haiwan kecil ini, hamster mudah untuk menjalani pembedahan dengan baik. Selalulah memeriksa hamster anda.

Click to view image details Click to view image details

  • Ekor Basah (Wet Tail)
Penyakit hamster yang paling popular. Tanda-tanda adalah hamster sangat lemah dan mencret.
Bantuan
Perlu segera dibawa ke doktar. Aamat bahaya kerana penyakit ini tiada ubatnya, mungkin hamster anda tidak dapat diselamatkan.

Click to view image details Click to view image details

P/S...hamster pun banyak penyakit tau, bukan manusia je..so take care your hamster if u love it..

Nak info lagi ??? http://langitlangit.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=18






KESIHATAN HAMSTER

Hamster merupakan haiwan peliharaan yang sihat dan dapat hidup baik selama dua tahun atau lebih. Mereka perlu kandang yang selesa, jauh dari kekeringan dan kelembaban, perlu dibersihkan baik dan teratur. Mereka memerlukan makananan campuran yang lengkap dan memenuhi keperluan mereka. Mereka perlu makanan buah-buahan yang segar atau sayuran dalam jumlah sedikit. Mereka suka bermain dan keluar untuk bermain bersama dengan pemiliknya.


Pada hamster yang sihat, mata mereka akan bersih, cerah, memiliki bulu yang gebu dan telinga yang tegak. Walaupun hamster baru saja bangun dari tidurnya, sebentar saja telinganya akan berdiri tegak dengan baik. Hamster memiliki dua tanda/bercak pinggul atau scent gland pada sisi tubuh mereka (di pinggul mereka). Ini normal dan mereka akan membesar atau juga dapat kelihatan seperti kudis pada beberapa hamster bulu pendek. Jangan diusik kerana dapat menyebabkan hamster anda masalah.

Click to show "Hamster" result 20 Click to show "Hamster" result 19

Hamster yang sakit akan diam saja di sarangnya walaupun terdapat aktiviti yang menarik di luar. Waktu dia keluar, matanya mungkin setengah tertutup dan telinganya tetap turun dan rata dengan kepalanya.

Click to show "Hamster" result 1

Tip kesehatan: Cucilah tangan anda sebelum memegang hamster anda jika anda sakit perut atau cirit-birit. Hamster anda mungkin dijangkiti kuman. Jangan menyembur aerosol/racun serangga disekitar kandang karana dapat membahayakan hamster anda.

Click to show "Hamster" result 5 Click to show "Hamster" result 4




Friday, September 4, 2009

~DUNIA HAMSTER~

Asyik2 cerita pasal hamster...tak pe la, orang lain dok cerita pasal pakwe, so aku cerita pasal hamster lak... Saja nak kongsi dengan korang pasal anak kecilku ini ( chewah anak la pulak ) Yang kat atas tu rumah hamster aku. Comel x?? huhuhu..kalau time tension, hilang tension tengok hamster ni sebab telatah dia yang mencuit hati dan manja..hari2 mesti nak pegang dia n cium dia..bucukk..hehehhe...tapi waktu malam..mst bising sebab mereka suka main roda pusing tu..sampai satu malam tu aku cabut roda tu..hehehe..padan muka mereka..
Haaa..yang warna hijau ni bukan snek untk manusia tp untuk hamster. Ni la makanan kegemaran Demok dan Debu. Kalu mereka dapat ni, confirm tak pandang kanan atau kiri sebab menikmati hidangan yang lazat..huhuhu..siap gaduh dan rebut2 lagi...hehehe..

Ni plak koleksi makanan dia..dia suka makan snek hijau, kuaci, oat, barli kering. Tapi paling suka bila tengok dia buka kuaci. Comel je tangan dia pegang dan mulut dia buka. Tapi nak bagi diet seimbang kat dia seminggu dalam 3x kena bagi buahan seperti sengkuang, karot tapi kena bagi dalam jumlah yang sedikit je tau..nanti sakit perut macam si Demok dan Debu sebab over dos makan..hehhe..tp alhamdulilah meraka dah sihat..
Nak tahu tak apa ni?? Cuba teka...ni la tempat mandi dia..dia akan mandi dalam bekas ni sambil golek2..hamster ni tak boleh mandi dengan air sebab nanti cepat jadi arwah. Dia kena mandi gan pasir khas ...
Ni la dia pasir khas ( pink/rose ) dia kena mandikan dengan pasir ni sekali dalam setiap 2 atau 3 minggu. Tiap minggu pun boleh mandi kalau busuk sangat hehehe...pastu letak bedak kalau mereka ni selalu bergaduh agar bau mereka ni sama dan berdamai semula...
Haaa yang ada gambar hamster dalam bekas 4segi tu adalah habuk kayu. Hamster ni tinggal dalam habuk kayu sebab ini habitat mereka. kena ganti dalam 2kali seminggu. Dan gambar yang last ni..koleksi peribadi untuk my hamster..

p/s Demok dan Debu dah sihat..alhamdulilah..mereka kembali aktif semula..